Khamis, 28 November 2013

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah kepada semua rakan taulan yang mempunyai minat yang sama dalam sukan sabung ayam dan membiak baka-baka terkini di farm masing-masing. Saya percaya rakan-rakan mempunyai sejarah dan baka-baka terbaik. Mungkin baka dari reban saya tidaklah sebaik mana tetapi saya cuba untuk meng upgrade pembaka supaya dapat menghasilkan generasi anak-anak ayam yang lebih baik. Saya beri fokus kepada baka BAUK  dan PAKOY kerana saya sedikit obses kepada 2 jenis ayam sabung ini. Kawan-kawan juga boleh beri pandangan dan buah fikiran ataupun boleh syorkan baka-baka BAUK dan PAKOY  terbaik kepada saya.


HOBI DAN MINAT

Baka-baka ayam sabung sekarang ini sudah melampaui ciri2 asalnya bilamana timbul pelbagai jenama-jenama baharu dan panggilan yang tersendiri. kemungkinan besar ianya berkait rapat dengan nama tempat atau asal usul seseekor ayam seperti pama, trat, saigon, magon, sainam dan banyak lagi. Dari segi evolusi ianya sangat menarik dan memperlihatkan kemajuan bidan pembakaan ayam laga atau ayam sabung. Sukan laga ayam sudah bermula sekian lama sehingga sekarang ini dan Pok Usop percaya ianya akan sentiasa mempunyai pemain-pemain atau pelapis peminat dari tahun ke tahun.

Sekarang ini, ada antara kita yang memproses baka-baka terkini untuk bersaing di arena dan tidak ketinggalan pula ada yang bertindak sebagai breeder dan menjual hasil-hasil reban kepada peminat-peminat ayam sabung. Ianya menjadi semacam Industri Hiliran. Bagus2. Itu belum lagi kita memperkatakan rakan-rakan dan peminat ayam sabung yang berkumpul dalam satu kelab atau kumpulan, semakin menarik dan sungguh menarik. Selamat berjaya kepada semua. Sama-sama kita eratkan perhubungan dan jauhi prasangka dan perkelahian. Wassalam.